Tuesday, July 26, 2011

Tukar angin

Assalammualaikum wbt

Kalau pengunjung Haila perasan sejak akhir2 ni saya banyak posting mengenai masakan.

Saya harap anda semua ok. Sebab saya dalam mood masak memasak.

Mencuba resepi baru. Try buat kek dan biskut.

Alhamdulillah, kebanyakan resepi yang saya ambil di internet kebanyakannya menjadi.

So saya share la mana2 resepi yang ok dan menjadi bila saya buat.

Kraf pun ada juga...

Sekarang blog Haila lebih kepada hobi saya :)

Lepas ni saya harus siapkan jahitan baju raya saya.

Maksud saya jahit silang pangkah kat lengan baju dan bawah baju tu.

Klau ada masa saya nak jahit manik sikit kat baju raya.

Itu pun kalau ada masa la :)

Akhir kata untuk entry kali ini

Saya ucapkan

Semoga Ramadan kali ini penuh makna buat saya dan anda semua.

Perbanyakkan amalan baik di bulan puasa dan bulan2 seterusnya :)



Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah

All praises to Allah

Allah, I wanna thank You

I wanna thank you for all the things that you’ve done

You’ve done for me through all my years I’ve been lost

You guided me from all the ways that were wrong

And did you give me hope

TQ ALLAH

:)

Monday, July 18, 2011

Puding Jagung


Assalammualaikum wbt.

Dah lama tak makan puding jagung.

Sangat suka makan tapi tak pernah buat.

Maka saya carilah resepinya.

Jom buat puding jagung.



Puding jagung sedap dimakan masa sejuk.
nyum nyum..



Resepi

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (dlm tin)
3/4 cawan gula
2 atau 3 cwn air (tuang sikit2 supaya boleh anggar kuanititi yg sepatutnya)
1 1/2 cwn susu cair/ susu segar/ santan
(saya guna susu segar sbb itu je yg ada kat rumah)


Cara2nya

  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.


kacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.

Angkat dan sejukkan di dalam acuan.

** jagung tu saya tak blend sbb saya suka tgk jagung yang sebiji2 tu.


Okey..selamat mencuba :)

Percubaan kali ke 2 >> Pavlova


Assalammualaikum wbt.

Weekend adalah hari bersama2 keluarga, maka saya membuat percubaan kali ke 2.

Pavlova in da house :)

Kali ni saya kurangkan sukatan gulanya, dari 1 1/2 cwn kpd 1 cwn.

Telur putih pula saya tambahkan menjadi 5 biji, sebelum ni 4 biji.

Percubaan pertama saya tak guna stand mixer, saya pukul guna tangan..

Lenguh ya amat, sampai mama saya kata jangan pecah mixer bowl tu sudah..hehe

Maka saya guna stand mixer la kali ke2 ni. Tengok jer mixer tu kacau..


Maka ini lah hasilnya

*

*

*

*

saya boleh habis sepotong untuk pavlova kali ni :)





semasa proses pembakaran..

duduk la saya depan oven tu..

berdebar2.

Apa yang saya harus improve lagi adalah tang nak buat whipped cream tu.

Ada saper2 yang ada pengalaman buat whipped cream? sila la share dengan saya.


Friday, July 15, 2011

Kek Gula Hangus

Assalammualaikum wbt..

Kali ni saya buat kek yang saya suka mkn masa kecik2 dulu.

Masa tinggal di Perlis mama saya suka buat kek ni.

Namanya kek gula hangus ataupun Honeycomb Cake.

Agak berdebar2 nak membuatnya..

Maka bermula lah operasi ke dapur....

Jom masuk dapur...

Maka ini lah hasilnya

*


*


*


*


Gembira tengok bila nmpk kek tu bersarang.
Kek gula hangus yang habis dimakan oleh keluarga.

Alhamdulillah berjaya buat.

Semuanya dengan izin Allah :)



Saya guna loyang saiz ni.
Mudah nak memotongnya.


Resepi

1 cawan gula
(next time saya kurangkan gulanya, sukatan asal agak manis)
4 biji telur
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar mentega


Cara2nya


1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus (keperangan)

2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.

3. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati. Sejukkan. Ketepikan dulu.

4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.

5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.

6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.

8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (sila sabar)

9. Bakar dengan api sederhana 155c selama 1 jam


Resepi asal saya ambil disini.


Selamat mencuba :)

My Ribbon Rose


Assalammualaikum wbt.

Setelah menonton tutorial membuat ribbon rose,

saya pun mencuba menggayakan ribbon dan memusing2kannya.

Percubaan pertama, terlerai...

Buat lagi sekali..

Dan lagi..

Dan lagi...

Akhirnya.....

*

*

*

*


bunga ros saya..



Siap la bunga2 ros ni nanti..

Tahulah saya nak letak kat mana :)

Thursday, July 14, 2011

Pavlova ke??


Assalammualaikum wbt.

Selalu saya singgah blog kak nani rostam dan akan nampak la iklan kek pavlova yang menarik tu.

Dalam hati, apa la rasa pavlova tu ekk. Fizikalnya sungguh menarik dan tertarik.

Last week saya pun menggoogle la resepi pavlova ni.

Katanya ni resepi orang Australia..

Berdebor2 rasanya nak membuat pavlova ni.

Resepinya mudah tapi agak leceh dan nak kena ikut pantang larangnya sebab takut tak jadi.

Kalau nasib baik, percubaan pertama boleh berjaya.

Kalau kurang menjadi. Kita cuba lagi hingga jaya.

Macam saya ni percubaan pertama menjadi tapi tak la perfect mana.

Rasa tu dah ada, luarannya crispy, dalamnya lembut mcm marshmallow.

Fizikalnya tak la secantik mana.

Walaupun fizikal kureng tapi adik saya Nina dan muhammad suka.

Depa kasi sapu habis..

Saya tak berapa suka sebab manis..

Tapi kemanisan pavlova diseimbangkan dengan strawberi yang masam2 manis tu.


My First pavlova ;)


Resepi

5 biji putih telur (katanya jangan sikit pun termasuk telur kuningnya)
1 1/2 cwn gula (kurangkan kalau manis)
beberapa titik vinegar
2 sudu kecil cornstarch
1 sudu teh essen vanilla
preheat oven at 180 degree celcius bakar selama 40 min

Resepi ada banyak versi, sila buat eksperiman sendiri nanti. Mcam saya, akan buat penambah baikkan bila sesetengah resepi tu kurang menjadi. Rujuk juga resepi2 pavlova yang lain. Ada yang guna 4 biji telur, 5 atau 6.

Cara2nya

Sila tonton video ini



Abaikan yang kena rendam dalam air tu. kalau nak ikut silakan.


Pada saya pavlova tu memang menarik dan cantik. sama juga mcm macaroon yang comei dan cantik tu. Kedua2nya ada persamaan, iaitu manis.........makan sikit2 boleh la.


Insyaallah, ada kelapangan saya akan improve lagi untuk buat pavlova ni.


Selamat mencuba.

Tuesday, July 12, 2011

Ribbon Rose Tutorial


Assalammualaikum wbt

Setelah penat membakar kek, kali ini saya nak share tutorial membuat bunga ros.

Tapi tutorial ni bukan saya yang buat, saya just share je.

Next project saya lepas ni nak buat ribbon rose.

Sangat comel bunga ros yang diperbuat dari ribbon ni.

Jom tonton..



warnanya sangat menawan




sungguh cekap makcik ini :)

Saturday, July 9, 2011

Apam beras


Assalammualaikum wbt.

Kali ni saya buat apam beras pula.

Kalau beli pun selalu beli warna putih atau pink.

Bau apam tu pun best.

Suami saya kata kalau nak buat dia akan mkn yang warna putih je.

Maka saya pun guna warna original la.

Resepi dah ada, jgn tunggu lama2..

Jom buat apam beras.

Suami kata ni kuih orang kampung.

Best juga sekali sekali buat kuih tradisional.


Ini lah hasilnya



Apam yang gebu.
makan dengan kelapa parut sedap...


Resepinya

2 cwn nasi
2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula perang
3/4 gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dan secubit garam


Cara2nya

1. blend nasi dan air sehingga hancur.

2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3. satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

4. masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

5. perap selama 3 jam. (harus sabar...)

6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.(saya guna acuan lompang)

7. hidang bersama kelapa parut yang suda digaul dgn sedikit garam


Selamat Mencuba!

Karipap Pusing


Assalammualaikum wbt

Percubaan kali ini adalah membuat karipap pusing.

Memang tak pernah buat langsung sebelum ni.

Kalau setakat tolong makan adalah ;)

Tetibe jer ada keinginan nak try.

Maka bermula mencari resepi di internet.

Jom masuk dapur!



nampak juga la jalur2nya tu.

intinya kentang dan sardin.


selepas digoreng..


setelah, dirasa oleh para juri katanya saya harus improve lagi.

Intinya harus kasi pedas lagi. ok, saya harus praktis lagi hingga jaya..

Caiyok Fardahila!


Lepas ni nak buat apa plak ye??

Tunggu.....................

Wednesday, July 6, 2011

Apam polkadot comel

Assalammualaikum wbt

Berkenan saya dengan apam polkadot ni.

Pernah nampak kawan buat, sangat comel.

Teringin nak mencuba buat apam yang comel ni.

Tapi kan apam ni tak guna yis.

Kenapa depa panggil apam pun saya tak tahu, mungkin sebab dikukus.

Agak saya je la.

Dengan semangat yang ada, saya mencuba buat apam polkadot.

Maka ini lah hasilnya..

Saya budak baru belajar :)



Apam polkadot..dot..dot..dot..
Apam ni filling nya saya letak strawberry


Syukur, apamnya menjadi.

Next time boleh buat lagi.

Buat untuk Besday anak2 ni bagus juga.

Menarik minat anak2 kecil untuk makan.


Sampai jumpa lagi di next entry.

Resepinya saya ambil disini.

Terima kasih tuan punya resepi.

Selamat mencuba.

Butter Cake


Assalammualaikum wbt

Anak bujang saya yang sulong tu memang suka sangat dengan butter cake.

Asal ke Tesco je minta belikan butter cake.

Dalam hati saya, aku kena belajar buat ni.

Selak buku resepi, internet nak cari resepi butter cake ni.

Haa...jumpa juga yang berkenan dihati.

Jom kita test..


Butter cake
Resepinya sudah saya ubah sedikit mengikut kesesuaian saya.



Resepi Butter cake

Bahan2

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn majerin
1/2 cwn gula kastor (halus)
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
3 biji telur
2 sudu tepung susu (resepi asal guna 1/2 cwn susu segar)


Cara2nya

pukul majerin dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla dan pukul hingga sebati
masukkan telur satu persatu dan pukul
masukkan tepung gandum yang sudah diayak
diikuti dengan baking powder yang diayak juga
pukul sehingga sekata
masukkan susu tepung dan pukul adunan itu
masukkan adunan ke dalam loyang
suhu 160c bakar selama 30-35 min<< sudah diubah mengikut loyang yang saya gunakan
(resepi asal suhu 170c bakar selama 40min)

* untuk memastikan kek sudah masak cucuk bahagian tengah kek dengan cucuk satay or garfu.


Selamat mencuba!

Belajar buat kek itu menggembirakan saya:)


Biskut Choc Chip lagi.........

Assalammualaikum wbt.

Hari tu saya ke rumah mama, adik saya kata biskut choc chip saya tu dah habis..

Bagus..bagus.. "Kalau along buat lagi awak nak tak?", kata saya.

"Boleh jugak long", kata adik saya nina.

Nina..oh nina..hehe..

Jom ke dapur..

Main masak-masak ;)




Biskut Choc Chip
bentuk tetap bulat cuma cetakannya jer lain dari biskut ini.


** Suamiku suka biskut choc chip ku ini :)

Tuesday, July 5, 2011

Biskut Oat


Assalammualaikum wbt

Aktiviti saya sekarang ni adalah mencuba membuat biskut, kek dan cupcake.

Syukur alhamdulillah Allah memberikan saya kesempatan untuk belajar buat benda2 ni semua.

Kalau Allah tak izin tak mungkin saya boleh melakukannya.

Terima kasih Ya Allah.

Percubaan kali ini adalah membuat biskut oat.

Papa saya dah lama suruh saya buat biskut oat ni.

Baru sekarang berkesempatan buatkan untuk papa.

Ok Pa, along dah buatkan ni..

Sila habiskan ok ;)



Biskut Oat ditabur choc rice



Apple hijau dan asam boi


Assalammualaikum wbt.

Kali ni saya dapat resepi nak buat jus apple hijau plus asam boi.

Pernah minum di Antan Batura dan terbayang2 sehingga balik ke rumah :)

Resepi ni saya dapat di internet.

Memang lega tekak bila dapat minum jus ni.



Minum masa sejuk...
Nyaman.....



Bahan2

Apple hijau (ikut suka kita nak berapa biji)
Asam boi


Cara2

Rendamkan beberapa biji asam boi dalam air panas.
Tujuannya supaya ia kembang.
Simpan rendaman asam boi dalam fridge. lagi bagus jika semalaman.
Blend apple hijau dan gula sekali.
Lepas tu tapis apple hijau yang sudah diblend dan campur dengan rendaman air asam boi.
Yang penting minum masa sejuk.


Selamat mencuba.

Saturday, July 2, 2011

Kimono Girl


Assalammualaikum wbt..
Moshi...moshi..
Ohayo gozaimas..
Ogenki des ka?
Watashi no namae wa Farda des..

Dah lama tak cakap nihon go ni.
Rindu pulak zaman belajar di UiTM dulu.

Demam Jepun sudah kembali :))

Memandangkan banyak buku yang tak ada penanda buku @ bookmark
maka saya telah mengadakan ia..

Tadaaa...



Novel ini sudah ada penanda buku.




Mari membaca.