Wednesday, August 24, 2011

Donut buat si gebu..


Memandangkan anak saya Danish sangat suka makan donut,
terutamanya donut big apple saya agak resah..
resah memikirkan yang Danish kalo boleh hari2 suruh beli donut big apple.

Saya gagahkan juga untuk mencuba buat donut,
walaupun tak pernah langsung buat donut.

Pencarian resepi bermula,
Berpeluh2 juga masa menguli doh,
risau tak menjadi donutnya..

Cari kat youtube cara nak menguli doh,
sebab saya agak pelik bila dohnya melekat2.
Setelah tengak kat youtube baru la saya tahu tekniknya agar tak melekat :)


Maka inilah hasilnya..






Donut mini :)

Mini Puff Pizza



Mudah dan ringkas untuk dimakan waktu bersahur.
Waktu bersahur sebenarnya kalo boleh tak nak makan, nak minum jer.

Tapi kena la makan juga kan.
Maka saya buat puff pizza.

Senang saje nak membuatnya.
Actually, saya beli puff pastry jenama kawan di Tesco dan taburkan apa yang saya suka.
Kiranya pizza campak2 dan suka hati :)
Janji perut kenyang keesokan hari untuk berpuasa,
dan jangan lupa makan buah kurma untuk menambah tenaga.


Ini dia

>

>

>



Mini Puff Pizza
Hidangan untuk bersahur




Ikut suka, letak la apa yang kita suka :)




Ini la dia puff pastry. Harganya kalo tak silap RM 4.90
ada 10 keping.


P/S senang dan mudah, saya baru tambah stok puff pastry dalam fridge ;))





Thursday, August 18, 2011

Percubaan membuat Blueberry Cheese Tart


Alhamdulillah sudah 18 hari kita berpuasa..

Pejam celik pejam celik tak lama lagi umat islam akan menyambut Hari Raya.

Anak-anak kecil la yang gembira menanti hari lebaran.

Termasuk la anak-anak saya :)


Sempena hari jadi mama saya hari ini 18/8 saya buat blueberry cheese tart
dan kek gula hangus.

Cadangnya saya nak buat cupcake tapi tak jadi pula.
Sebab teringat yang mama tak suka makan kek yang ada krim.
So saya buat la kek yang mama saya suka makan.

Blueberry cheese tart pula untuk di ngap oleh adik2 dan anak2 saya.
Danish memang suka cheese tart ni, termasuk la saya.

Alhamdulillah, menjadi blueberry cheese tart saya.

Saya budak baru belajar,
kurang sana sini.

Next time saya akan buat dengan lebih baik lagi.
Caiyok untuk diri saya!!




Untuk dimakanmasa berbuka nanti.



nak tunjuk saiz cheese tart tu :)



Friday, August 12, 2011

Wedding Guest Book (Quilling)


Masa untuk kraftangan pula..

Asik2 buat kek dengan biskut jer, jemu juga saya ;)

Semalam setelkan baju yang nak kena jahit silang pangkah, tggl sehelai je lagi belum jahit.

Alhamdulillah,,takla rasa banyak benda belum siap..

Padahal ada banyak lagi kerja yang menanti saya..

Harapnya saya berjaya siapkan kerja2 yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya..

Moga2 begitulah hendaknya..Amin..

Kali ni saya dalam mode quilling pula.

Dah lama tak gulung2 kertas warna warni tu.

Ada pula permintaan dari bakal pengantin untuk mendeco

Wedding Guest Booknya..

Moga tuan punya badan berpuas hati hendaknya

dengan hasil kerja saya ni :D




Pasangan burung itu sungguh comel....



Taman bunga yang ceria..



Wedding Guest Book

Wednesday, August 10, 2011

Cute Bracelet for Princess Aisyah


Bracelet yang ditempah oleh Cikgu Hazwani untuk anak daranya.

Sesuai la untuk Aisyah yang berumur 5 tahun ni.

Acik ila buat simple saje supaya sesuai dengan umur Aisyah.

Harap Aisyah suka ye sayang :)

Raya ni boleh la bergaya.



Cute bracelet for Aisyah.

Monday, August 8, 2011

Jagung Puff


Betul la kata suamiku, tak cuba tak tahu,
selama ni asik beli jer.... Tak terfkir langsung nak try buat.
Sebab saya tak pernah terfikir yang saya boleh buat cream puff mcm kat kedai tu.

Cream puff saya ni dah jadi jagung puff.
Lebihan jagung buat puding tu saya jadikan filling.
Supaya tak membazir.
Next time boleh buat filling lain pulak.

Tidaklah secantik mcm kat kedai kek tu ye.

Yang penting next time saya cuba lagi.

Maka inilah hasilnya

*

*

*

*

Jagung Puff

Friday, August 5, 2011

Biskut Raya


Alhamdulillah, tahun ni ada kesempatan untuk saya buat biskut raya.

Tahun lepas tak dapat buat, sbb saya berniaga.

Tercapai juga hasrat nak buat biskut raya sendiri.

Semuanya dengan izin Allah..

Saya buat pun berdikit2. Bila ada masa saya akan start operasi di dapur.



Cornflakes madu, Biskut conflakes dan Biskut sarang semut


Harap2 ada la adik saya datang rumah tolong buat biskut lagi, sbb tahun ni kena buatkan biskut raya untuk rumah mama sekali..

Tq ye dik (Faizura Omar) ari tu datang buat biskut sarang semut.

Monday, August 1, 2011

Kek sebelum puasa


Selamat berpuasa buat muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah bangun sahur tadi tak la saya rasa mcm susah sgt nak bangun,
mungkin sebab dah set kat kepala utk bgn sahur dan pasang alarm kat hp.


Sahur tadi masak simple jer, lagi pun waktu sahur tak berapa lalu nak makan.
Saya makan juga la supaya perut tak kruk..kruk..nanti.


Minggu lepas saya buat kek coklat.
Ni percubaan kali ke2..


Saje nak letak gambar kek yang warna warni ni.

Layan...