Thursday, December 22, 2011

Cheese Brownies


Percubaan pertama saya..

Rasanya boleh diterima oleh saya yang sukakan cheese :)

Alhamdulillah, suami yang tak berapa suka cheese cake boleh makan cheese brownies yang saya buat.. Semangat saya nak buat lagi nanti.

Danish dan Aqeel pun boleh menerima rasa cheese brownies ni..

Hairi macam biasa, suka kek traditional..

Next time ibu buat butter cake ye hairi.







P/S saya harus improve teknik melukis marble..




Wednesday, December 21, 2011

Maaf kerana email tidak berbalas..

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada mereka yang telah menghantar email kepada saya tetapi tidak berbalas.
Kesilapan saya adalah kerana salah buat filter spam. Kebanyakan email yang masuk terus ke spam folder.
Saya amat jarang membuka bahagian spam. Maafkan saya kerana membuatkan anda tertunggu-tunggu.

Sekiranya saya lambat membalas email anda boleh sms ke no ini 012 626 7736 (kak ila). Ataupun add saya di facebook dengan carian nama Fardahila Omar.

Insyaallah, selepas ini email yang dihantar akan dibalas segera.

Thursday, December 15, 2011

Veil dan Baju Pengantin

Assalammualaikum wbt..

Ini adalah veil@layah pengantin yang saya dan mama jahit sempena majlis perkahwinan adik perempuan saya. Tema warna biru untuk dipakai di rumah pengantin lelaki. Tema di rumah kami warna pink.

Baju pengantin tu pun mama saya yang jahit. Agak rumit sebenarnya mahu menjahit baju pengantin kerana ada batu2, manik2 dan jenis kainnya juga bukan mcm kain biasa.

Apapun syabas buat mama kerana berjaya menyiapkannya dan cantik dipakai oleh adik@faizura.


Friday, December 9, 2011

Fondant Cupcakes


Assalammualaikum wbt..

Ini adalah fondant cupcakes yang saya buat untuk majlis pertunangan anak saudara saya yang berada di Terengganu.

Harapan saya, semoga mereka gembira menerimanya..


Salam sayang dari acik ila ,acik yun dan hero2 untuk kak maya sekeluarga.

Semoga majlis pertunangan kak long berjalan dengan lancar..

Amin..




Tuesday, December 6, 2011

Cupcakes


Assalammualaikum wbt..

Ini adalah aktiviti hujung minggu saya..

Jom layan gambar


<


<


<


<








Monday, December 5, 2011

Bunga Tangan Pengantin

Assalammualaikum wbt..



Bunga tangan buat penyeri si pengantin perempuan sempena majlis bahagianya.



Pilihan bunga ros berwarna pink dan putih adalah mengikut tema majlis.

Sungguh manis dipadankan dengan baju pengantin yang berwarna light pink.




Pada asalnya adik saya hanya mahu menggunakan bunga ros sahaja tetapi saya mix bunga carnation agar gubahan bunga tampak lebih menyerlah.



Friday, December 2, 2011

Yang lama kembali berseri.


Assalammualaikum wbt..

Saya baru belajar menggubah bunga, jadinya perasaan tu kalo nampak bunga mcm geram je kan.. Tangan tu rasa mcm nak cucuk2 bunga je rasanya.

Beberapa hari sebelum majlis kawin adik saya,
saya tengok mama rendam bunga hiasan, kiranya nak cuci bunga tu.

Lepas dikeringkan saya tengok bunga tu tak digubah kembali.
Jadinya saya dengan pantas duduk bersila mahu menggubah bunga sambil diperhatikan Tok Dah (nenek saya). Peluang yang ditunggu2..

Sambil cucuk2 bunga tu saya tanya nenek saya, ok ke gini Tok Dah?
Nenek saya kata, boleh le tu...hehe...selamat :)

Yang penting, mama saya pun terkejut sbb bunga sudah siap digubah dan katanya menarik.

Terima kasih mama..
Ada tak lagi bunga yang nak dicuci dan digubah wahai mama?

Along suka... :))



Tadaaa....

Bunga sudah kembali berseri..