Wednesday, June 27, 2012

Tote bag


Assalammualaikum wbt..

Tak lama lagi kita akan berada di bulan Ramadhan.

Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat saya dan keluarga.

Berharap dapat meningkatkan lagi amal ibadah pada bulan Ramadhan.

Insyaallah..

Kelmarin saya berpuasa ganti, agak kurang letihnya kerana menjahit.

Fokus nak siapkan beg dan terlupa yang saya sedang berpuasa, akibat leka menjahit. 

Bagus juga menjahit, sebab tak la rasa masa tu berjalan perlahan..hehe..

Sekali tgk jam, dah petang..Ok la tu..



Percubaan pertama saya membuat Tote Bag




Bahagian dalam beg..






 Kegunaan utama adalah menyumbat segala mcm brg..
Terutamanya pampers dan baju spare ank2 bila keluar berjalan.




Friday, June 22, 2012

Haila Craft @ Berita Harian 22 Jun 2012


Assalammualaikum wbt..

Syukur alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita sebagai hambaNYA.

Sempena hari Jumaat yang mulia, pihak Haila Craft ingin berkongsi idea menghias dulang hantaran 
bersama-sama pembaca blog  Haila Craft.

Ianya gubahan yang simple tetapi ada ciri tarikan di situ :)

Selamat mencuba!



Monday, June 18, 2012

Hobi

Assalammualaikum wbt...

Hari ni masa duduk di bilik kerja sambil mengadap meja, tujuannya nak buat kerja tapi tak ada idea.

Termenung la saya. Terpandang pula rubber stamp dan clear stamp dalam kotak plastik.

Belek-belek la saya rubber stamp yang telah saya kumpul.

Tak ada la banyak sangat koleksi saya, tapi saya suka beli rubber stamp dan clear stamp.

Asal jalan ke mana2 atau shopping complex saya akan cari kedai craft atau  kedai stationery.

Maka, kadang2 boleh terjumpa penemuan yang sangat best..

Sebagai contoh rubber stamp :)




Penemuan yang sangat best setakat ini adalah rubber stamp gambar patung pakai kimono..
kawaii~~



Hobi sebagai terapi :)




Wednesday, June 13, 2012

Pillow Cover @ Sarung Bantal


Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, saya berjaya jahit sarung bantal untuk anak2 bujang saya.

Kain-kain ni saya beli di Ikea.



Ini Danish punya bantal. Dia pilih kain sendiri :)



 Envelope pillow cover


Bantal Hairi dan Aqeel.



Anak-anak pun gembira :))







Friday, June 8, 2012

Mr Owl @ Owl plushie


Assalammualaikum wbt..

Aqeel & Mr Owl :))

Kena paksa dengan ibu untuk jadi model Haila Craft.

Tq Aqeel sayang..

Love you..


Senyum~~



Mr Owl yang cute, boleh dijadikan hiasan.
First time saya jahit owl plushie..





Thursday, June 7, 2012

Handmade Tags

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini dihabiskan di kampung suami dan di Johor Bahru.

Syukur, kerana segala yang dirancang berjalan dengan lancar, dengan izin Allah..

Haila Craft kembali bekerja seperti sedia kala..

Segala email dan pm di FB akan dibalas dengan segera.

Sebarang petanyaan atau tempahan boleh email ke

hailacraftsworld@yahoo.com


Thank You Tags


Ini saya buat masa Hari Guru

Boleh dijadikan sebagai bookmark juga..