Friday, March 29, 2013

Handmade Signage

Assalammualaikum wbt.

Terima kasih atas tempahan Cikgu Liza dan Puan Hasanah.




 Hanging Signage





Table signage




Untuk tempahan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
whatsapp: 012 6267736

Thursday, March 21, 2013

Handmade Pillow


Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah pelanggan saya dari Kuala Terengganu berpuas hati, si cilik Sofea pun gembira dengan pillow barunya.

Alhamdulillah juga kerana saya diberi kekuatan walaupun ada ketikanya kurang sihat.
Allah uji hambanya kerana itulah selayaknya saya yang mengaku sebagai hambaNya.

Mungkin ada ketikanya saya lupa dan tidak begitu menunjukkan rasa cinta kepadaNya.
Ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah.

Ada ketikanya saya tidak sedar perbuatan dan kata-kata saya yang lalu boleh mencuit rasa orang disekeliling. Maafkan atas kekhilafan saya. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin bagi saya musibah yang berlaku sebelum ini memeritkan dan menyakitkan tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya lebih awal sebelum saya hanyut lebih jauh dan takut-takut Allah tidak memperdulikan saya lagi.

Apa yang saya belajar, hargailah dan berbuat baiklah kepada Ibu bapa, mertua, suami, anak-anak, adik beradik, ipar duai, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan disekeliling kita. Dan yang paling penting berbaik sangka kerana kita tidak tahu rahsia Allah.

Kata-kata kita kadangkala boleh mencuit rasa orang yang terdekat dengan kita, walaupun niat kita bukan begitu. Maafkan saya atas kata-kata atau tulisan yang pernah menghiris hati kalian diluar sana.

Yang pasti, saya redha dan pasrah atas setiap ujianNya.

"Sesungguhnya diri kita tiada apa-apa, semuanya adalah milik Allah SWT"..

Aku takut nerakamu Ya Allah :(










p/s: marilah kita kembali kepada fitrah..

Tuesday, March 19, 2013

DIY name card hoder


Assalam dan selamat sejahtera buat semua.

Projek suka-suka lagi. Menggunakn pattern paper untuk membuat name card holder ini.

Mudah sekali menghasilkannya.

Mod podge pembantu saya untuk projek kali ini.




Tuesday, March 12, 2013

Ammo Box


Assalammualikum wbt.

Hobi terbaru saya ialah mencari barang-barang lama.
Atau lebih tepat sekali barang antik.

Antara koleksi barang lama yang saya ada adalah beg yang diperbuat dari besi, typewriter, lampu minyak dan ammo box.

Barang2 ini ada yang suami saya ambil dari kampung, ada yang saya beli.
Saya dalam proses mengumpul barang-barang lama.

Hobi ini agak mahal kerana barang-barang ini sangat rare.

Kepada anda diluar saya yang tahu tempat2 menarik yang menjual barang2 lama kongsi la dengan saya.

Saya budak baru dalam hobi ini.


** sangat kecewa bila mesin jahit tangan nenek saya di kampung sudah tiada. mungkin dibuang atau hilang semasa banjir. oh, sungguh rugi..


Monday, March 11, 2013

Wedding Guestbook


Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, siap sudah guestbook untuk bakal pengantin ini.
Semoga Afila dan suami kekal bahagia hingga akhirat.
Insyaallah..

Tema warna oren dan peach, konsep garden.









Untuk tempahan atau pertanyaan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
Whatsapp: 012 6267736
FB: Haila Craft



Tuesday, March 5, 2013

Altered tin


Assalam..

Ternampak tin biskut yang kosong..
Belek-belek tin tu boleh isi brg2 kraf saya . Mula la idea datang.

Misi menggubah tin biskut.
Bila dah siap anak saya kata ibu buat kek..hehe

Saya gunakan matte mod podge untuk final touch.
Next time nak beli glossy mod podge pula. 



Friday, March 1, 2013

Barang-barang lama@antik

Assalammualaikum wbt..

Saya saja berkongsi hobi saya iaitu mengumpul barang-barang lama.

Ada yang saya beli, dan ada juga yang ambil dari kalangan keluarga.



Ini koleksi mama saya. Saya seludup keluar dari rumah mamaku.


Ini suami saya beli di kampung.. Saya suka bedak nyonya itu.


Ini saya beli di jualan baran-barang lama.