Friday, June 10, 2011

Seni Dawai

As Salam, semoga anda diluar sana sihat hendaknya. Dah lama saya tak buat wire wrapping jewelry. Lagipun stok dawai saya dah semakin kurang.

Nak kena praktis selalu supaya hasilnya kemas.

Hobi ini pada saya amat memerlukan ketekunan dan kesabaran.

Bila tengok tutorial ni, jadi bersemangat saya nak buat wire wrapping jewelry semula.

Saya pun belajar dari youtube dan beli buku2 tak lupa juga kepada kak ina yang ajar saya beberapa teknik.



Seni itu indah,
Seni itu memerlukan minat,
Seni itu ada banyak cabang,
Ianya mendatangkan kepuasan,
Rasa gembira hadir bila hasilnya menjadi,
Selamat mencuba,
Dan selamat Berkarya
:)



Sunday, June 5, 2011

Spaghetti CaraKu


Bahan-bahan

Sepeket Spaghetti
Ayam Cincang (sbb saya x suka daging)
Tomato Puri
Tomato Fresh (selalunya saya guna 10 biji atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili benggala potong dadu
Bawang besar dicincang
Bawang putih dicincang
Serbuk Oregano


Cara-Caranya

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut toskan airnya. Untuk pastikan spaghetti tidak melekat, basuh dulu dengan air sejuk dan gaulkannya dengan sedikit majerin. Jangan letak majerin terlalu banyak sebab nanti spaghetti jadi berminyak.

Selepas itu panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang sudah dicincang. Biar sampai naik bau, letakkan garam secukup rasa, serbuk oregano. Masukkan ayam cincang dan digaul bersama bahan2 yang lain. Selepas itu masukkan tomato yang sudah dikisar tadi bersama tomato puri. Gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa masam tomato tadi. Bila kauhnya sudah mendidih, boleh la dihidang bersama2 spaghetti.

Selamat Mencuba.


Spaghetti CaraKu :)


* Boleh juga diletak chicken ball dan cendawan..

Friday, June 3, 2011

Boleh ke???


Assalammualaikum wbt..

Sedang search internet saya ternampak gambar ni.

Dalam hati saya..boleh ke??

Senyum sendiri saya :)




Sekadar hiburan.




Wednesday, June 1, 2011

Percubaan Membuat CupCake

Assalammualaikum wbt..

Semoga anda semua dirahmati oleh Allah hendaknya.

Sejak akhir2 ini saya mencuba untuk membuat kek dan biskut. Mencari2 resepi di buku dan internet. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Memerlukan kesabaran dalam belajar untuk membuat kek dan biskut ni.

Saya dalam proses pembelajaran lagi. Semoga dengan izin Allah apa yang saya usahakan ini akan menjadi.


Insyaallah saya akan sertakan resepi2 yang menarik di blog saya.





Saya budak baru belajar



Deko dibuat untuk menarik minat anak2 saya untuk makan.



Alhamdulillah, famili saya suka cupcake yang saya buat :)

Monday, May 16, 2011

Hadiah Hari Guru



Selamat Hari Guru buat bekas guru2 dan pensyarah2 saya.

Jasa anda semua saya kenang sampai mati.

Ilmu yang anda semua curahkan akan disambung sehingga nyawa ini masih ada.

Tanpa pendidik seperti anda semua siapa lah saya.

Terima kasih kepada bekas cikgu2 dan pensyarah2 saya.


Sejak minggu lepas lagi anak saya minta buatkan hadiah untuk cikgu2nya.

Maka ini lah hasilnya :)











Wednesday, May 4, 2011

Felt Keychain


Produk terbaru dari Haila Crafts


*


*


*


Felt Keychain





Pandangan dari hadapan.






Pandangan dari arah belakang






I love U

Sempena Hari Ibu yang akan datang.

Untuk yang tersayang pun boleh ;)





Bahagian Belakang






* Haila Crafts sedia untuk menerima tempahan.


Tuesday, May 3, 2011

Felt Pin Cushion



Hari ini saya sungguh produktif. Angin rajin saya sudah datang. Alangkah bestnya kiranya saya boleh berkarya setiap hari. Memandangkan saya seorang ibu yang penuh dengan tanggungjawab maka harus pandai membahagikan waktu sebagai seorang ibu dan kerja kraf :)



Kepada sesiapa yang berminat boleh la membuat tempahan Pin Cushion.


Akibat selalu tengok DC Cupcakes ;)






Pandangan dari bahagian atas.







Yang ini versi ada bunga atasnya.