Wednesday, January 30, 2013

Brother GS2700



Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk tahun 2013.

Akhinya, dapat juga saya memiliki mesin jahit sendiri. Sebelum ini mama saya bagi
pinjam mesin jahit dia.

Bersyukur sangat2 rasanya. Terima kasih Allah kerana makbulkan impian saya melalui suami saya yang tersayang. Allah gerakkan hati suami untuk belikan mesin jahit untuk isterinya.

Allah permudahkan segala urusan saya.

Allahumma yassir wala tu'assir  ( Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan )

Berbaik sangkalah dengan Allah..




Saturday, December 22, 2012

Book binding (French Stitch)


Assalammualaikum wbt..

Syukur alhamdulillah, buku ini telah sampai kepada tuannya..

Adik Nurul dari Kulai Johor berpuas hati dengan hasilnya..

Terima kasih dik kerana menyokong barangan handmade :)

Haila Craft sentiasa menghargai para pelanggannya..

Terima kasih semua!




French stitch







Monday, December 17, 2012

Wedding Guestbook

Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, siap akhirnya guestbook yang ditempah oleh Cik Sarah..

Semoga berpuas hati hendaknya.



 Untuk sebarang tempahan boleh email ke hailacraftsworld@yahoo.com atau pm ke fb Haila Craft.
 Terima kasih.

Wednesday, November 28, 2012

Book Binding


Assalammualaikum wbt..

Practice makes perfect...

Itulah yang sedang saya lakukan..

Anak saya Hairi sampai cakap, ibu ni asik jahit jer...(termasuk la jahit beg dan jahit buku) hehe..

Lepas tu boleh pulak dia cakap, ibu dah lama tak buat kek..adehh...

Itu memang saya akui.. Nanti ibu start balik buat kek dan cup cake ye..


Ni la hasil buku yang saya jahit..




French stitch



Coptic stitch



 The spine..





P/S   saya sudah terima tempahan untuk jahit buku.. sila email ke hailacraftsword@yahoo.com

Tuesday, November 6, 2012

Book binding workshop (French Stitch)

Assalammualaikum wbt..

Syukur alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan dan diberi peluang untuk belajar
menjahit buku.

Sebenarnya dah lama saya tercari2 guru yang boleh mengajar menjahit buku. 
Terima kasih kak syam kerana memberi tunjuk ajar.

Belajar berguru lebih best dari belajar melalui youtube.. 

Sebelum ni saya belajar dari youtube sahaja..

Lepas ni kena praktis selalu, biar mahir dan cantik jahitannya..














Tuesday, October 23, 2012

BegKu

Assalammualaikum wbt..

Diharap sihat hendaknya pengunjung Haila Craft :)

Akhirnya saya potong juga kain yang saya beli dari kenalan yang tinggal di Jepun.

Kain ni saya beli dah lama, selalu saya pegang dan belek2 kain ni, konon2 nak jahit..tapi sayang..
bungkus dan simpan balik dalam plastik. Kain ni saya beli hanya 1/2 meter kalau tak silap...harganya agak mahal..huhu...

Saya berkenan sangat design kain ni, memandangkan saya suka apa saja brg  atau design yang berkenaan dengan Jepun..
Kawaii..

Inilah hasilnya..

>

>

>


>

Ini beg saya..Suki des :))

p/s  kepada yang berminat untuk menempah beg boleh email ke hailacraftsworld@yahoo.com
* harga beg berbeza mengikut jenis fabric dan design. Harap maklum..


Friday, October 5, 2012

Layered necklace


Assalammualaikum wbt.

Rantai yang ditempah oleh pelanggan saya..

Semoga empunya rantai ini gembira memakainya.

Inyaallah..


 Berminat untuk order, boleh email ke hailacraftsworld@yahoo.com