Assalammualaikum wbt..
Lebih kurang seminggu blog tidak berupdate kerana menguruskan anak2 yang kurang sihat.
Ketiga2 permata hatiku demam, batuk dan selsema yang membataskan pergerakan dan masa untuk saya mencuri2 duduk depan pc untuk mengupdate blog :)
Dalam masa yang terbatas dan agak sibuk sempat juga saya membuat alas dulang hantaran atas permintaan kakak iparku.
Terima kasih kerana bagi saya peluang untuk membuat alas dulang hantaran tersebut.
Pertama kali membuat alas dulang hantaran semasa saya kahwin dulu. Saya buat ikut citarasa sendiri :)
Alhamdulillah ini peluang kedua saya.
Tema pink
Menggunakan teknik jahitan manik.
I like simple but nice
:)
Ini lah rupanya bila diletakkan diatas dulang hantaran.
(p/s itu Al Quran saya, testing saje)
1 comments:
cantik, menarik. mama@maznah hj salleh
Post a Comment