Thursday, March 21, 2013

Handmade Pillow


Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah pelanggan saya dari Kuala Terengganu berpuas hati, si cilik Sofea pun gembira dengan pillow barunya.

Alhamdulillah juga kerana saya diberi kekuatan walaupun ada ketikanya kurang sihat.
Allah uji hambanya kerana itulah selayaknya saya yang mengaku sebagai hambaNya.

Mungkin ada ketikanya saya lupa dan tidak begitu menunjukkan rasa cinta kepadaNya.
Ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah.

Ada ketikanya saya tidak sedar perbuatan dan kata-kata saya yang lalu boleh mencuit rasa orang disekeliling. Maafkan atas kekhilafan saya. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin bagi saya musibah yang berlaku sebelum ini memeritkan dan menyakitkan tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya lebih awal sebelum saya hanyut lebih jauh dan takut-takut Allah tidak memperdulikan saya lagi.

Apa yang saya belajar, hargailah dan berbuat baiklah kepada Ibu bapa, mertua, suami, anak-anak, adik beradik, ipar duai, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan disekeliling kita. Dan yang paling penting berbaik sangka kerana kita tidak tahu rahsia Allah.

Kata-kata kita kadangkala boleh mencuit rasa orang yang terdekat dengan kita, walaupun niat kita bukan begitu. Maafkan saya atas kata-kata atau tulisan yang pernah menghiris hati kalian diluar sana.

Yang pasti, saya redha dan pasrah atas setiap ujianNya.

"Sesungguhnya diri kita tiada apa-apa, semuanya adalah milik Allah SWT"..

Aku takut nerakamu Ya Allah :(










p/s: marilah kita kembali kepada fitrah..

0 comments:

Post a Comment