Saturday, July 9, 2011

Karipap Pusing


Assalammualaikum wbt

Percubaan kali ini adalah membuat karipap pusing.

Memang tak pernah buat langsung sebelum ni.

Kalau setakat tolong makan adalah ;)

Tetibe jer ada keinginan nak try.

Maka bermula mencari resepi di internet.

Jom masuk dapur!



nampak juga la jalur2nya tu.

intinya kentang dan sardin.


selepas digoreng..


setelah, dirasa oleh para juri katanya saya harus improve lagi.

Intinya harus kasi pedas lagi. ok, saya harus praktis lagi hingga jaya..

Caiyok Fardahila!


Lepas ni nak buat apa plak ye??

Tunggu.....................

Wednesday, July 6, 2011

Apam polkadot comel

Assalammualaikum wbt

Berkenan saya dengan apam polkadot ni.

Pernah nampak kawan buat, sangat comel.

Teringin nak mencuba buat apam yang comel ni.

Tapi kan apam ni tak guna yis.

Kenapa depa panggil apam pun saya tak tahu, mungkin sebab dikukus.

Agak saya je la.

Dengan semangat yang ada, saya mencuba buat apam polkadot.

Maka ini lah hasilnya..

Saya budak baru belajar :)



Apam polkadot..dot..dot..dot..
Apam ni filling nya saya letak strawberry


Syukur, apamnya menjadi.

Next time boleh buat lagi.

Buat untuk Besday anak2 ni bagus juga.

Menarik minat anak2 kecil untuk makan.


Sampai jumpa lagi di next entry.

Resepinya saya ambil disini.

Terima kasih tuan punya resepi.

Selamat mencuba.

Butter Cake


Assalammualaikum wbt

Anak bujang saya yang sulong tu memang suka sangat dengan butter cake.

Asal ke Tesco je minta belikan butter cake.

Dalam hati saya, aku kena belajar buat ni.

Selak buku resepi, internet nak cari resepi butter cake ni.

Haa...jumpa juga yang berkenan dihati.

Jom kita test..


Butter cake
Resepinya sudah saya ubah sedikit mengikut kesesuaian saya.



Resepi Butter cake

Bahan2

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn majerin
1/2 cwn gula kastor (halus)
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh essen vanilla
3 biji telur
2 sudu tepung susu (resepi asal guna 1/2 cwn susu segar)


Cara2nya

pukul majerin dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla dan pukul hingga sebati
masukkan telur satu persatu dan pukul
masukkan tepung gandum yang sudah diayak
diikuti dengan baking powder yang diayak juga
pukul sehingga sekata
masukkan susu tepung dan pukul adunan itu
masukkan adunan ke dalam loyang
suhu 160c bakar selama 30-35 min<< sudah diubah mengikut loyang yang saya gunakan
(resepi asal suhu 170c bakar selama 40min)

* untuk memastikan kek sudah masak cucuk bahagian tengah kek dengan cucuk satay or garfu.


Selamat mencuba!

Belajar buat kek itu menggembirakan saya:)


Biskut Choc Chip lagi.........

Assalammualaikum wbt.

Hari tu saya ke rumah mama, adik saya kata biskut choc chip saya tu dah habis..

Bagus..bagus.. "Kalau along buat lagi awak nak tak?", kata saya.

"Boleh jugak long", kata adik saya nina.

Nina..oh nina..hehe..

Jom ke dapur..

Main masak-masak ;)




Biskut Choc Chip
bentuk tetap bulat cuma cetakannya jer lain dari biskut ini.


** Suamiku suka biskut choc chip ku ini :)

Tuesday, July 5, 2011

Biskut Oat


Assalammualaikum wbt

Aktiviti saya sekarang ni adalah mencuba membuat biskut, kek dan cupcake.

Syukur alhamdulillah Allah memberikan saya kesempatan untuk belajar buat benda2 ni semua.

Kalau Allah tak izin tak mungkin saya boleh melakukannya.

Terima kasih Ya Allah.

Percubaan kali ini adalah membuat biskut oat.

Papa saya dah lama suruh saya buat biskut oat ni.

Baru sekarang berkesempatan buatkan untuk papa.

Ok Pa, along dah buatkan ni..

Sila habiskan ok ;)



Biskut Oat ditabur choc rice



Apple hijau dan asam boi


Assalammualaikum wbt.

Kali ni saya dapat resepi nak buat jus apple hijau plus asam boi.

Pernah minum di Antan Batura dan terbayang2 sehingga balik ke rumah :)

Resepi ni saya dapat di internet.

Memang lega tekak bila dapat minum jus ni.



Minum masa sejuk...
Nyaman.....



Bahan2

Apple hijau (ikut suka kita nak berapa biji)
Asam boi


Cara2

Rendamkan beberapa biji asam boi dalam air panas.
Tujuannya supaya ia kembang.
Simpan rendaman asam boi dalam fridge. lagi bagus jika semalaman.
Blend apple hijau dan gula sekali.
Lepas tu tapis apple hijau yang sudah diblend dan campur dengan rendaman air asam boi.
Yang penting minum masa sejuk.


Selamat mencuba.

Saturday, July 2, 2011

Kimono Girl


Assalammualaikum wbt..
Moshi...moshi..
Ohayo gozaimas..
Ogenki des ka?
Watashi no namae wa Farda des..

Dah lama tak cakap nihon go ni.
Rindu pulak zaman belajar di UiTM dulu.

Demam Jepun sudah kembali :))

Memandangkan banyak buku yang tak ada penanda buku @ bookmark
maka saya telah mengadakan ia..

Tadaaa...



Novel ini sudah ada penanda buku.




Mari membaca.