Wednesday, September 28, 2011

Handmade Books Binding / Penjilidan



Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya berjaya belajar dua teknik menjilid buku (book binding).

Teknik jahitan yang paling saya suka setakat ini adalah coptic binding.
Ini kerana ianya kemas dan hasil dari jahitannya berseni.

Sebenarnya sudah lama saya mahu mencuba, hasil dari pemerhatian dan tutorial yang saya
tonton memang memerlukan kesabaran dalam membuat book binding ini.

Tapi bila dah tahu tekniknya, mudah rupa2nya.

Insyaallah, saya akan belajar teknik2 yang lain juga.

Inilah hasil jilidan buku saya

>

>

>

>

>

Coptic binding


Mudah untuk dibuka.



Japanese book binding


Friday, September 23, 2011

Hiasan Pintu



Kelmarin sambil duduk-duduk di rumah mama tangan ni sibuk memintal2 reben.

Nampak ada reben dan peralatan membuat barang hantaran adik masa bertunang tahun lepas masih berbaki saya pun godek2 la apa yang patut.

Konon nak buat benda lain, sekali terjadi reben la plak.
Tak tahu nak letak kat mana, saya angkut balik rumah dan tepek kat pintu bilik tidur saya.

Maka ini la hasilnya..

>

>

>

>

>




Hiasan pintu versi Haila Crafts World.

:))


Monday, September 19, 2011

Alas dulang hantaran bermanik


Assalammualaikum wbt..

Lebih kurang seminggu blog tidak berupdate kerana menguruskan anak2 yang kurang sihat.

Ketiga2 permata hatiku demam, batuk dan selsema yang membataskan pergerakan dan masa untuk saya mencuri2 duduk depan pc untuk mengupdate blog :)

Dalam masa yang terbatas dan agak sibuk sempat juga saya membuat alas dulang hantaran atas permintaan kakak iparku.

Terima kasih kerana bagi saya peluang untuk membuat alas dulang hantaran tersebut.
Pertama kali membuat alas dulang hantaran semasa saya kahwin dulu. Saya buat ikut citarasa sendiri :)
Alhamdulillah ini peluang kedua saya.





Tema pink




Menggunakan teknik jahitan manik.




I like simple but nice
:)



Ini lah rupanya bila diletakkan diatas dulang hantaran.

(p/s itu Al Quran saya, testing saje)



Friday, September 9, 2011

Kisah Dahlia



Nampaknya biskut dahlia dan biskut sarang semut menjadi peberet Aqeel.

Sudah habis biskut sarang semut, biskut dahlia pula menjadi sasaran Aqeel.

Tak pe la Aqeel, ibu tak kisah..makan la selagi boleh.

Kalo dah habis ibu buat lagi :))




First time buat..




Alhamdulillah, tahun ni saya banyak belajar benda baru.

Benda baru yang baik-baik dan menggembirakan saya.

Terima kasih Allah, bagi saya kesihatan yang baik dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, anak, isteri dan yang paling penting menjalankan kewajipan sebagai Hamba Allah.



Fruit tart and blueberry cheese tart


Assalammualaikum. Selamat Hari Raya semua :)

Ni kisah sebelum raya, saya buat fruit tart and blueberry cheese tart untuk dibawa ke rumah mama saya dan bawak balik kg sekali di Johor.

Alhamdulillah habis..

Kek gula hangus pun saya buat juga untuk dibawa sebagai buah tangan untuk nenek dan ibu mertua.

Adalah juga buah tangan yang saya bawa bila balik ke kampung.


Oklah, jumpa lagi di next entry..









Wednesday, August 24, 2011

Donut buat si gebu..


Memandangkan anak saya Danish sangat suka makan donut,
terutamanya donut big apple saya agak resah..
resah memikirkan yang Danish kalo boleh hari2 suruh beli donut big apple.

Saya gagahkan juga untuk mencuba buat donut,
walaupun tak pernah langsung buat donut.

Pencarian resepi bermula,
Berpeluh2 juga masa menguli doh,
risau tak menjadi donutnya..

Cari kat youtube cara nak menguli doh,
sebab saya agak pelik bila dohnya melekat2.
Setelah tengak kat youtube baru la saya tahu tekniknya agar tak melekat :)


Maka inilah hasilnya..






Donut mini :)

Mini Puff Pizza



Mudah dan ringkas untuk dimakan waktu bersahur.
Waktu bersahur sebenarnya kalo boleh tak nak makan, nak minum jer.

Tapi kena la makan juga kan.
Maka saya buat puff pizza.

Senang saje nak membuatnya.
Actually, saya beli puff pastry jenama kawan di Tesco dan taburkan apa yang saya suka.
Kiranya pizza campak2 dan suka hati :)
Janji perut kenyang keesokan hari untuk berpuasa,
dan jangan lupa makan buah kurma untuk menambah tenaga.


Ini dia

>

>

>



Mini Puff Pizza
Hidangan untuk bersahur




Ikut suka, letak la apa yang kita suka :)




Ini la dia puff pastry. Harganya kalo tak silap RM 4.90
ada 10 keping.


P/S senang dan mudah, saya baru tambah stok puff pastry dalam fridge ;))