Monday, November 25, 2013

Brown paper bags

Untuk tempahan sila email ke hailacraftsworld@yahoo.com atau whatsapp ke nombor 012 6267736.

Handmade pillow

Untuk tempahan pillow boleh email ke hailacraftsworld@yahoo.com atau whatsapp ke 012 6267736

Tuesday, April 9, 2013

Handmade Pillow


Alhamdulillah..

Pillow ini akan diberi kepada bakal ibu.

Semoga gembira menerimanya.

Terima kasih Hidayah atas tempahan anda.



Untuk tempahan atau pertanyaan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
Whatsapp: 012 6267736
FB: Haila Craft

Saturday, April 6, 2013

Handmade Tote Bag

Alhamdulillah..

Lama saya bercuti dari menjahit beg. Bukan apa, jahit beg ni leceh sedilit. 

Ambil masa untuk menjahitnya.

Syukur, siap juga beg anak sedara saya. Rasa sangat bersalah sebab tangguh lama
 sangat untuk buat beg ni.

Sorry ye Ajua :)

Acik illa merempit jahit beg ni, sambil jahit terbayang muka Jua. hehe..

Sebenarnya, ada lagi tempahan beg yang belum dijahit. Moga-moga mode jahit beg saya datang.
Bantulah hambaMU ini Ya Allah.

Mohon diberi kesihatan yang baik. Amin..





Friday, March 29, 2013

Handmade Signage

Assalammualaikum wbt.

Terima kasih atas tempahan Cikgu Liza dan Puan Hasanah.




 Hanging Signage





Table signage




Untuk tempahan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
whatsapp: 012 6267736

Thursday, March 21, 2013

Handmade Pillow


Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah pelanggan saya dari Kuala Terengganu berpuas hati, si cilik Sofea pun gembira dengan pillow barunya.

Alhamdulillah juga kerana saya diberi kekuatan walaupun ada ketikanya kurang sihat.
Allah uji hambanya kerana itulah selayaknya saya yang mengaku sebagai hambaNya.

Mungkin ada ketikanya saya lupa dan tidak begitu menunjukkan rasa cinta kepadaNya.
Ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah.

Ada ketikanya saya tidak sedar perbuatan dan kata-kata saya yang lalu boleh mencuit rasa orang disekeliling. Maafkan atas kekhilafan saya. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin bagi saya musibah yang berlaku sebelum ini memeritkan dan menyakitkan tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya lebih awal sebelum saya hanyut lebih jauh dan takut-takut Allah tidak memperdulikan saya lagi.

Apa yang saya belajar, hargailah dan berbuat baiklah kepada Ibu bapa, mertua, suami, anak-anak, adik beradik, ipar duai, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan disekeliling kita. Dan yang paling penting berbaik sangka kerana kita tidak tahu rahsia Allah.

Kata-kata kita kadangkala boleh mencuit rasa orang yang terdekat dengan kita, walaupun niat kita bukan begitu. Maafkan saya atas kata-kata atau tulisan yang pernah menghiris hati kalian diluar sana.

Yang pasti, saya redha dan pasrah atas setiap ujianNya.

"Sesungguhnya diri kita tiada apa-apa, semuanya adalah milik Allah SWT"..

Aku takut nerakamu Ya Allah :(










p/s: marilah kita kembali kepada fitrah..

Tuesday, March 19, 2013

DIY name card hoder


Assalam dan selamat sejahtera buat semua.

Projek suka-suka lagi. Menggunakn pattern paper untuk membuat name card holder ini.

Mudah sekali menghasilkannya.

Mod podge pembantu saya untuk projek kali ini.