Untuk tempahan sila email ke hailacraftsworld@yahoo.com atau whatsapp ke nombor 012 6267736.
Monday, November 25, 2013
Tuesday, April 9, 2013
Handmade Pillow
Alhamdulillah..
Pillow ini akan diberi kepada bakal ibu.
Semoga gembira menerimanya.
Terima kasih Hidayah atas tempahan anda.
Untuk tempahan atau pertanyaan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
Whatsapp: 012 6267736
FB: Haila Craft
Labels:
handmade pillow
Saturday, April 6, 2013
Handmade Tote Bag
Alhamdulillah..
Lama saya bercuti dari menjahit beg. Bukan apa, jahit beg ni leceh sedilit.
Ambil masa untuk menjahitnya.
Syukur, siap juga beg anak sedara saya. Rasa sangat bersalah sebab tangguh lama
sangat untuk buat beg ni.
Sorry ye Ajua :)
Acik illa merempit jahit beg ni, sambil jahit terbayang muka Jua. hehe..
Sebenarnya, ada lagi tempahan beg yang belum dijahit. Moga-moga mode jahit beg saya datang.
Bantulah hambaMU ini Ya Allah.
Mohon diberi kesihatan yang baik. Amin..
Labels:
handmade tote bag
Friday, March 29, 2013
Handmade Signage
Assalammualaikum wbt.
Terima kasih atas tempahan Cikgu Liza dan Puan Hasanah.
Hanging Signage
Table signage
Untuk tempahan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
whatsapp: 012 6267736
Labels:
handmade signage
Thursday, March 21, 2013
Handmade Pillow
Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah pelanggan saya dari Kuala Terengganu berpuas hati, si cilik Sofea pun gembira dengan pillow barunya.
Alhamdulillah juga kerana saya diberi kekuatan walaupun ada ketikanya kurang sihat.
Allah uji hambanya kerana itulah selayaknya saya yang mengaku sebagai hambaNya.
Mungkin ada ketikanya saya lupa dan tidak begitu menunjukkan rasa cinta kepadaNya.
Ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah.
Ada ketikanya saya tidak sedar perbuatan dan kata-kata saya yang lalu boleh mencuit rasa orang disekeliling. Maafkan atas kekhilafan saya.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, mungkin bagi saya musibah yang berlaku sebelum ini memeritkan dan menyakitkan tetapi saya bersyukur kerana Allah menyedarkan saya lebih awal sebelum saya hanyut lebih jauh dan takut-takut Allah tidak memperdulikan saya lagi.
Apa yang saya belajar, hargailah dan berbuat baiklah kepada Ibu bapa, mertua, suami, anak-anak, adik beradik, ipar duai, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan kenalan disekeliling kita. Dan yang paling penting berbaik sangka kerana kita tidak tahu rahsia Allah.
Kata-kata kita kadangkala boleh mencuit rasa orang yang terdekat dengan kita, walaupun niat kita bukan begitu. Maafkan saya atas kata-kata atau tulisan yang pernah menghiris hati kalian diluar sana.
Yang pasti, saya redha dan pasrah atas setiap ujianNya.
"Sesungguhnya diri kita tiada apa-apa, semuanya adalah milik Allah SWT"..
Aku takut nerakamu Ya Allah :(
p/s: marilah kita kembali kepada fitrah..
Labels:
handmade pillow
Tuesday, March 19, 2013
DIY name card hoder
Assalam dan selamat sejahtera buat semua.
Projek suka-suka lagi. Menggunakn pattern paper untuk membuat name card holder ini.
Mudah sekali menghasilkannya.
Mod podge pembantu saya untuk projek kali ini.
Labels:
diy name card holder
Tuesday, March 12, 2013
Ammo Box
Assalammualikum wbt.
Hobi terbaru saya ialah mencari barang-barang lama.
Atau lebih tepat sekali barang antik.
Antara koleksi barang lama yang saya ada adalah beg yang diperbuat dari besi, typewriter, lampu minyak dan ammo box.
Barang2 ini ada yang suami saya ambil dari kampung, ada yang saya beli.
Saya dalam proses mengumpul barang-barang lama.
Hobi ini agak mahal kerana barang-barang ini sangat rare.
Kepada anda diluar saya yang tahu tempat2 menarik yang menjual barang2 lama kongsi la dengan saya.
Saya budak baru dalam hobi ini.
Monday, March 11, 2013
Wedding Guestbook
Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah, siap sudah guestbook untuk bakal pengantin ini.
Semoga Afila dan suami kekal bahagia hingga akhirat.
Insyaallah..
Tema warna oren dan peach, konsep garden.
Untuk tempahan atau pertanyaan sila email, pm atau whatsapp Haila Craft
Email: hailacraftsworld@yahoo.com
Whatsapp: 012 6267736
FB: Haila Craft
Labels:
garden theme,
wedding guestbook
Tuesday, March 5, 2013
Altered tin
Assalam..
Ternampak tin biskut yang kosong..
Belek-belek tin tu boleh isi brg2 kraf saya . Mula la idea datang.
Misi menggubah tin biskut.
Bila dah siap anak saya kata ibu buat kek..hehe
Saya gunakan matte mod podge untuk final touch.
Next time nak beli glossy mod podge pula.
Labels:
altered tin
Friday, March 1, 2013
Barang-barang lama@antik
Assalammualaikum wbt..
Saya saja berkongsi hobi saya iaitu mengumpul barang-barang lama.
Ada yang saya beli, dan ada juga yang ambil dari kalangan keluarga.

Ini koleksi mama saya. Saya seludup keluar dari rumah mamaku.
Ini suami saya beli di kampung.. Saya suka bedak nyonya itu.
Ini saya beli di jualan baran-barang lama.
Labels:
antik,
barang lama,
hobi
Thursday, February 28, 2013
Pinwheel
Assalam semua, semoga anda berada didalam rahmatNya.
Aktiviti suka-suka lagi..
Pinwheel..
Anak saya kata, ibu buatla supaya boleh bergerak..
method itu ibu belum jumpa lagi ye anak2 :)
Labels:
pinwheel
Friday, February 22, 2013
Keep Calm And Craft On
Assalammualaikum wbt..
Projek suka-suka, jam dinding ikea yang sudah rosak bertukar menjadi hiasan.
Saya letak atas meja kerja, bila pandang senyum sorang-sorang..
Cara saya untuk menghiburkan hati sendiri.
Terapi~~
Labels:
hobi,
keep calm and craft on
Tuesday, February 19, 2013
Origami dress
Assalammualikum wbt.
Saya suka mencuba benda2 baru. Origami adalah satu seni lipatan kertas dari Jepun.
Orang jepun sungguh kreatif.
Saya tertarik untuk mencuba lipatan kertas yang menghasilkan sehelai dress.
Wahh.. anda tak perlu menjahitnya, cukup sekadar melipat-lipat kertas.
Seronok sebenarnya seni origami ini.
4 helai dress ;))
Labels:
origami dress
Tuesday, February 12, 2013
Square bag
Assalammualikum wbt.
Beg bentuk empat segi telah saya hasilkan.
Ini saya suka2 buat.
Sebenarnya, konsep jahitan beg ini macam sulam tampal.
Jahitan zig zag tu saya suka..
Lepas ni, teringin nak buat quilt pula.
Angan2 dulu~~
Labels:
square bag
Tuesday, February 5, 2013
Ipad sleeve & pouch
Assalammualikum wbt.
Hasil pertama menggunakan mesin jahit baru.
Ipad sleeve dan pouch.
pouch sudah sampai kepada tuannya..
Ipad sleeve ini pun sudah dihantar kepada tuannya juga.
Sekiranya berminat untuk menempah, anda boleh email ke hailacraftsworld@yahoo.com
atau sms/whatsapp ke nombor 012 6267736
Labels:
ipad sleeve
Friday, February 1, 2013
Wedding Guestbook
Syukur alhamdulillah, siap sudah guestbook yang ditempah..
Cik Huda yang bakal menjadi Puan Huda berpuas hati dengan hasilnya.
Soga adik Huda bahagia dunia akhirat bersama bakal suaminya.
Ameen..
Untuk sebarang tempahan boleh email ke hailacraftsworld@yahoo.com atau pm ke fb Haila Craft.
Terima kasih.
Labels:
wedding guest book
Wednesday, January 30, 2013
Brother GS2700
Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk tahun 2013.
Akhinya, dapat juga saya memiliki mesin jahit sendiri. Sebelum ini mama saya bagi
pinjam mesin jahit dia.
Bersyukur sangat2 rasanya. Terima kasih Allah kerana makbulkan impian saya melalui suami saya yang tersayang. Allah gerakkan hati suami untuk belikan mesin jahit untuk isterinya.
Allah permudahkan segala urusan saya.
Allahumma yassir wala tu'assir ( Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau menyukarkan )
Berbaik sangkalah dengan Allah..
Labels:
brother gs2700,
mesin jahit
Subscribe to:
Posts (Atom)