Thursday, June 30, 2011

Chocolate Chip Cookies

Assalammualaikum wbt.

Wah...pejam celik pejam celik sudah bulan 7.
Lagi sebulan umat islam nak sambut bulan Ramadhan.
Kalau diikutkan 1/8 dijangka umat islam mula berpuasa.
Gembira saya untuk menyambut bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini.

Memandangkan tidak lama lagi kita akan mula berpuasa saya sudah mula
praktis buat biskut raya.
Bahan-bahan untuk buat biskut pun ada di rumah maka saya pun mulakan operasi.
Anak-anak bujang saya pun sibuk nak tengok ibunya buat biskut.
Siap tanya "Ibu, macam mana ibu buat cookies ni? apa ibu letak?"
pot pet pot pet Abang Hairi ni ;)
"Nanti dah siap ibu panggil abang hairi dengan danish ye".
Kalau boleh anak2 bujang tu nak tolong. Tidak la saya bagi..hehe..



Ok sudah siap..

Anak2 jom makan :)

Wednesday, June 29, 2011

Handcarved rubber stamp


Assalammualaikum wbt.

Sambil dengar Ikim kat internet ni saya ukir pemadam.
Dah lama tak ukir pemadam.
Tiba2 tangan saya nak buat kerja2 mengukir ni.
Tak dapat kayu, pemadam pun jadi :)

Nak praktis buat stamp cupcake tu makan masa.
Habis tiga biji pemadam saya kerjakan. Pemadam yang ketiga baru jadi.
Itu pun tak la sekemas mana.



Memerlukan ketelitian dan fokus. Silap sikit, rusak itu stamp.



Stamp bunga, bintang dan love tu agak mudah membuatnya.


Bila2 free nanti saya nak cuba buat stamp desing lain pula.

Selamat berkarya semua!

Semoga Allah merahmati kamu semua :)

Tuesday, June 28, 2011

Kek Batik


Assalammualaikum wbt.
Dah lama saya tak buat kek batik, so teringin nak buat.
Maka hari ni misi membuat kek batik bermula.
Sambil masak untuk hidangan tengahari saya buat kek batik.
Nak buat kek batik ni tak la sepayah nak buat kek yang sebelum2 ni.
Ini kalau adik saya Nina tengok mesti dia nak punya.
Sebab hari tu dia suruh saya buat kek batik.

Jom makan.

Mulakan dengan bismillah..


Kek batik versi saya



Resepi kek batik

Bahan-bahan

1/2 buku butter
1 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 peket biskut marie

Cara-caranya

1. masukkan air, gula, milo dan serbuk koko. kacau sampai sebati dan berkilat.
menggunakan api yang perlahan.

2. masukkan butter, kacau sehingga butter cair.

3. masukkan telur sebiji demi sebiji. kacau sehingga pekat.

4. masukkan biskut marie yang telah dipatah2kan
(jgn hancur sangat )

5. kacau biskut tersebut sehingga coklat meliputinya.

6. masukkan dalam loyang. dan tekan2 sedikit supaya keknya mampat.

7. biarkan dalam fridge sehingga keknya keras sedikit agar mudah dipotong.


Selamat mencuba :)

Wednesday, June 22, 2011

Wire Wrapped Rings


Assalammualaikum wbt.

Akhirnya siap juga cincin saya ni.

Ini saya buat untuk koleksi sendiri.

Dah lama tak praktis, ada kesempatan saya buat la.

Sebenarnya saya guna butang jer tu.

Kalau tak nak guna sebagai cincin boleh juga disarungkan kat tudung.




Sempat buat tiga pasang jer.




Ini adalah sebahagian alat2 untuk saya belajar buat seni dawai.
Tools saya ni bercampur2, ada yang murah ada yang mahal.
Kalau yang murah ni cepat karat, kalau mahal skit tak karat dan tak merosakkan wire.


Salam ceria buat semua.

As salam..

Sunday, June 19, 2011

Chocolate Cake


Assalammualaikum wbt.

Memandangkan kek yang sebelum ni saya buat sudah habis dimakan oleh family,

saya try pula buat kek lain.

Percubaan kali ini adalah membuat kek coklat.

Resepi saya cari di internet.

Alhamdulillah menjadi percubaan kali ini.

Syukur.




Kek coklat yang dicurah dengan coklat masakan dan ditabur dgn choc rice



Sudah boleh dimakan :)




Yang ini versi choc cupcake.
Saja saya curahkan coklat masakan atasnya.



P/S Nina, Happy Birthday semoga comei selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan belajar dan dapat banyak A for ur PMR.

Papa, Abah (suami), Atok Abah (bapa mertua) Selamat Hari Bapa. Andalah sumber inspirasi kami. Semoga kalian semua sihat2 selalu, gembira dan berada di dalam rahmatNya. Kami bahgia bersama2 kalian :)

Friday, June 17, 2011

Chocolate Chip Cake

Assalammualaikum wbt.

Percubaan kali ini adalah membuat choc chip cake.

Asalnya nak buat cupcake tapi bekas kertas tu sudah habis pulak.

Maka tukar plan.

Alhamdulillah, menjadi juga keknya. Syukur.



Baru keluar dari oven.


Menghias kek, tapi tak lah secantik mana.
Saja suka2 :)

Wednesday, June 15, 2011

Paper Quilling (Bookmark)


Assalammualaikum wbt.

Masih lagi dalam mode paper quilling.

Saya buat simple bookmark untuk diri sendiri.

Saja suka2 :)

Maka ini lah hasilnya.

*

*

*

*





Tuesday, June 14, 2011

Paper Quilling


Assalammualaikum wbt..

Semoga saya dan anda diluar sana berada di dalam rahmatNYA..

Hobi baru saya sekarang bermain dengan kertas warna warni.

Kebetulan barang2 yang diperlukan untuk quilling pun ada kat rumah.

Jadi gunakan je la apa yang ada.

Jimat pun jimat hobi baru ni, cuma leceh skit kerjanya.

Tapi kalau dah minat semuanya bisa diatur :)




Hadiah dari saya kepada Haila Crafts World

:)


Baru mencuba..


Gembira saya bila dah siap.

Ini lah salah satu cara saya untuk menghiburkan diri sendiri.

Seni itu INDAH.

Friday, June 10, 2011

Seni Dawai

As Salam, semoga anda diluar sana sihat hendaknya. Dah lama saya tak buat wire wrapping jewelry. Lagipun stok dawai saya dah semakin kurang.

Nak kena praktis selalu supaya hasilnya kemas.

Hobi ini pada saya amat memerlukan ketekunan dan kesabaran.

Bila tengok tutorial ni, jadi bersemangat saya nak buat wire wrapping jewelry semula.

Saya pun belajar dari youtube dan beli buku2 tak lupa juga kepada kak ina yang ajar saya beberapa teknik.



Seni itu indah,
Seni itu memerlukan minat,
Seni itu ada banyak cabang,
Ianya mendatangkan kepuasan,
Rasa gembira hadir bila hasilnya menjadi,
Selamat mencuba,
Dan selamat Berkarya
:)



Sunday, June 5, 2011

Spaghetti CaraKu


Bahan-bahan

Sepeket Spaghetti
Ayam Cincang (sbb saya x suka daging)
Tomato Puri
Tomato Fresh (selalunya saya guna 10 biji atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili benggala potong dadu
Bawang besar dicincang
Bawang putih dicincang
Serbuk Oregano


Cara-Caranya

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut toskan airnya. Untuk pastikan spaghetti tidak melekat, basuh dulu dengan air sejuk dan gaulkannya dengan sedikit majerin. Jangan letak majerin terlalu banyak sebab nanti spaghetti jadi berminyak.

Selepas itu panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang sudah dicincang. Biar sampai naik bau, letakkan garam secukup rasa, serbuk oregano. Masukkan ayam cincang dan digaul bersama bahan2 yang lain. Selepas itu masukkan tomato yang sudah dikisar tadi bersama tomato puri. Gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa masam tomato tadi. Bila kauhnya sudah mendidih, boleh la dihidang bersama2 spaghetti.

Selamat Mencuba.


Spaghetti CaraKu :)


* Boleh juga diletak chicken ball dan cendawan..

Friday, June 3, 2011

Boleh ke???


Assalammualaikum wbt..

Sedang search internet saya ternampak gambar ni.

Dalam hati saya..boleh ke??

Senyum sendiri saya :)




Sekadar hiburan.




Wednesday, June 1, 2011

Percubaan Membuat CupCake

Assalammualaikum wbt..

Semoga anda semua dirahmati oleh Allah hendaknya.

Sejak akhir2 ini saya mencuba untuk membuat kek dan biskut. Mencari2 resepi di buku dan internet. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Memerlukan kesabaran dalam belajar untuk membuat kek dan biskut ni.

Saya dalam proses pembelajaran lagi. Semoga dengan izin Allah apa yang saya usahakan ini akan menjadi.


Insyaallah saya akan sertakan resepi2 yang menarik di blog saya.





Saya budak baru belajar



Deko dibuat untuk menarik minat anak2 saya untuk makan.



Alhamdulillah, famili saya suka cupcake yang saya buat :)