Sunday, June 5, 2011

Spaghetti CaraKu


Bahan-bahan

Sepeket Spaghetti
Ayam Cincang (sbb saya x suka daging)
Tomato Puri
Tomato Fresh (selalunya saya guna 10 biji atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili benggala potong dadu
Bawang besar dicincang
Bawang putih dicincang
Serbuk Oregano


Cara-Caranya

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut toskan airnya. Untuk pastikan spaghetti tidak melekat, basuh dulu dengan air sejuk dan gaulkannya dengan sedikit majerin. Jangan letak majerin terlalu banyak sebab nanti spaghetti jadi berminyak.

Selepas itu panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang sudah dicincang. Biar sampai naik bau, letakkan garam secukup rasa, serbuk oregano. Masukkan ayam cincang dan digaul bersama bahan2 yang lain. Selepas itu masukkan tomato yang sudah dikisar tadi bersama tomato puri. Gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa masam tomato tadi. Bila kauhnya sudah mendidih, boleh la dihidang bersama2 spaghetti.

Selamat Mencuba.


Spaghetti CaraKu :)


* Boleh juga diletak chicken ball dan cendawan..

0 comments:

Post a Comment