Friday, September 30, 2011

Chocolate Cupcakes


Assalammualaikum wbt..

Kelmarin saya ada kelapangan masa.
Sebabnya si Aqeel cayang ikut atok pa balik rumah.

Maka ibunya pun buatla cupcakes.

Resepinya ambil dkt buku resepi tetapi sudah ditokok tambah oleh saya :)


Resepinya

Bahan2

110gm mentega
100gm gula kastor
2 biji telur
110 tepung gandum<---resepi asal guna tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat(kalau guna tpg naik sendiri tak perlu sb)
4 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan susu segar<--- saya ganti dengan susu pekat
sbb tak ada susu segar kat rumah


Cara2nya

Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat, ketepikan

Pukul mentega dgn gula kastor sampai sebati,masukkan telur satu2. pukul smp kembang

Masukkan campuran tepung tadi berselang seli dgn susu.

Saya guna teknik kukus. biar air dlm bekas kukus betul2 panas dan mendidih baru masukkan cupcakes. kukus selama 10min.

Penutup kukus tu dibalut dgn kain supaya wap air tak menitik kena cupcake.

Kalau nak guna kaedah bakar : bakar dgn suhu 170c selama 15-20min

**kaedah balut penutup periuk tu kawan saya yang ajar. Tq ECHA :)

SELAMAT MENCUBA.



Hias la cupcakes mengikut citarasa anda :)





Wednesday, September 28, 2011

Handmade Books Binding / Penjilidan



Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya berjaya belajar dua teknik menjilid buku (book binding).

Teknik jahitan yang paling saya suka setakat ini adalah coptic binding.
Ini kerana ianya kemas dan hasil dari jahitannya berseni.

Sebenarnya sudah lama saya mahu mencuba, hasil dari pemerhatian dan tutorial yang saya
tonton memang memerlukan kesabaran dalam membuat book binding ini.

Tapi bila dah tahu tekniknya, mudah rupa2nya.

Insyaallah, saya akan belajar teknik2 yang lain juga.

Inilah hasil jilidan buku saya

>

>

>

>

>

Coptic binding


Mudah untuk dibuka.



Japanese book binding


Friday, September 23, 2011

Hiasan Pintu



Kelmarin sambil duduk-duduk di rumah mama tangan ni sibuk memintal2 reben.

Nampak ada reben dan peralatan membuat barang hantaran adik masa bertunang tahun lepas masih berbaki saya pun godek2 la apa yang patut.

Konon nak buat benda lain, sekali terjadi reben la plak.
Tak tahu nak letak kat mana, saya angkut balik rumah dan tepek kat pintu bilik tidur saya.

Maka ini la hasilnya..

>

>

>

>

>




Hiasan pintu versi Haila Crafts World.

:))


Monday, September 19, 2011

Alas dulang hantaran bermanik


Assalammualaikum wbt..

Lebih kurang seminggu blog tidak berupdate kerana menguruskan anak2 yang kurang sihat.

Ketiga2 permata hatiku demam, batuk dan selsema yang membataskan pergerakan dan masa untuk saya mencuri2 duduk depan pc untuk mengupdate blog :)

Dalam masa yang terbatas dan agak sibuk sempat juga saya membuat alas dulang hantaran atas permintaan kakak iparku.

Terima kasih kerana bagi saya peluang untuk membuat alas dulang hantaran tersebut.
Pertama kali membuat alas dulang hantaran semasa saya kahwin dulu. Saya buat ikut citarasa sendiri :)
Alhamdulillah ini peluang kedua saya.





Tema pink




Menggunakan teknik jahitan manik.




I like simple but nice
:)



Ini lah rupanya bila diletakkan diatas dulang hantaran.

(p/s itu Al Quran saya, testing saje)



Friday, September 9, 2011

Kisah Dahlia



Nampaknya biskut dahlia dan biskut sarang semut menjadi peberet Aqeel.

Sudah habis biskut sarang semut, biskut dahlia pula menjadi sasaran Aqeel.

Tak pe la Aqeel, ibu tak kisah..makan la selagi boleh.

Kalo dah habis ibu buat lagi :))




First time buat..




Alhamdulillah, tahun ni saya banyak belajar benda baru.

Benda baru yang baik-baik dan menggembirakan saya.

Terima kasih Allah, bagi saya kesihatan yang baik dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, anak, isteri dan yang paling penting menjalankan kewajipan sebagai Hamba Allah.



Fruit tart and blueberry cheese tart


Assalammualaikum. Selamat Hari Raya semua :)

Ni kisah sebelum raya, saya buat fruit tart and blueberry cheese tart untuk dibawa ke rumah mama saya dan bawak balik kg sekali di Johor.

Alhamdulillah habis..

Kek gula hangus pun saya buat juga untuk dibawa sebagai buah tangan untuk nenek dan ibu mertua.

Adalah juga buah tangan yang saya bawa bila balik ke kampung.


Oklah, jumpa lagi di next entry..