Wednesday, November 23, 2011

Pelamin Kasih Sayang

Assalammualaikum wbt.

Nak cerita pasal perkahwinan adik saya lagi. Cerita persiapan kawin ni best walaupun nak prepare majlisnya agak memenatkan.

Kami sekeluarga telah sebulat suara untuk buat pelamin sendiri, seperti masa saya kawin dulu juga pelaminnya buat sendiri.

Bukan apa, kami memang suka mereka dan menghias pelamin sendiri, ikut citarasa pengantin dan keluarga. Jimat pun jimat juga. Itu yang penting.



Masing-masing main peranan.
Peranan masing2 ialah:


Mama: Pereka pelamin, jahit langsir, beli barang2 untuk hiasan pelamin

Suamiku: Tukang buat stage dan rail langsir

Saya : Pembantu kanan mama, hias pelamin mengikut arahan mama dan kreativiti saya juga,panjat memanjat, gubah bunga segar dan lain2 :)

Papa: Tolong tengok dan bagi idea

Adik@pengantin: Tolong mana2 yang patut

Mak wa: Tolong gubah bunga segar sambil dibantu oleh saya..cikgu saya tu :)

Pak su: tolong jaga Yumna masa makwa menggubah bunga plus panjat tangga sbb nak gantung daun juntai2 tu :)

Uda: bagi pinjam beberapa barang.

Nina dan maman: tolong jaga anak2 saya masa saya sibuk menghias pelamin. Tq adik2ku.

Hasilnya adalah pelamin yang penuh rasa kasih sayang. Kasih sayang terhadap adik beradik dan keluarga disamping mengeratkan lagi kasih sayang kami. Sambil ketawa2 dan menyakat2 masa buat pelamin ni. Prosesnya bukan satu hari punya kerja tapi beberapa hari maklumla bukan pro. Alhamdulillah kami gembira. Terima kasih semua ahli keluarga, saudara mara kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih Allah.





1 comments:

Anonymous

Alhamdulillah, team work yang baik.nnt buat lagi ye..@mama.

Post a Comment