Tomato Fresh (selalunya saya guna 10 biji atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili benggala potong dadu
Bawang besar dicincang
Bawang putih dicincang
Serbuk Oregano
Cara-Caranya
Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut toskan airnya. Untuk pastikan spaghetti tidak melekat, basuh dulu dengan air sejuk dan gaulkannya dengan sedikit majerin. Jangan letak majerin terlalu banyak sebab nanti spaghetti jadi berminyak.
Selepas itu panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang sudah dicincang. Biar sampai naik bau, letakkan garam secukup rasa, serbuk oregano. Masukkan ayam cincang dan digaul bersama bahan2 yang lain. Selepas itu masukkan tomato yang sudah dikisar tadi bersama tomato puri. Gula secukup rasa untuk seimbangkan rasa masam tomato tadi. Bila kauhnya sudah mendidih, boleh la dihidang bersama2 spaghetti.
Sejak akhir2 ini saya mencuba untuk membuat kek dan biskut. Mencari2 resepi di buku dan internet. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Memerlukan kesabaran dalam belajar untuk membuat kek dan biskut ni.
Saya dalam proses pembelajaran lagi. Semoga dengan izin Allah apa yang saya usahakan ini akan menjadi.
Insyaallah saya akan sertakan resepi2 yang menarik di blog saya.
Saya budak baru belajar
Deko dibuat untuk menarik minat anak2 saya untuk makan.
Alhamdulillah, famili saya suka cupcake yang saya buat :)