Friday, July 15, 2011

Kek Gula Hangus

Assalammualaikum wbt..

Kali ni saya buat kek yang saya suka mkn masa kecik2 dulu.

Masa tinggal di Perlis mama saya suka buat kek ni.

Namanya kek gula hangus ataupun Honeycomb Cake.

Agak berdebar2 nak membuatnya..

Maka bermula lah operasi ke dapur....

Jom masuk dapur...

Maka ini lah hasilnya

*


*


*


*


Gembira tengok bila nmpk kek tu bersarang.
Kek gula hangus yang habis dimakan oleh keluarga.

Alhamdulillah berjaya buat.

Semuanya dengan izin Allah :)



Saya guna loyang saiz ni.
Mudah nak memotongnya.


Resepi

1 cawan gula
(next time saya kurangkan gulanya, sukatan asal agak manis)
4 biji telur
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar mentega


Cara2nya


1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus (keperangan)

2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.

3. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati. Sejukkan. Ketepikan dulu.

4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.

5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.

6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.

7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.

8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam. (sila sabar)

9. Bakar dengan api sederhana 155c selama 1 jam


Resepi asal saya ambil disini.


Selamat mencuba :)

0 comments:

Post a Comment