Thursday, July 14, 2011

Pavlova ke??


Assalammualaikum wbt.

Selalu saya singgah blog kak nani rostam dan akan nampak la iklan kek pavlova yang menarik tu.

Dalam hati, apa la rasa pavlova tu ekk. Fizikalnya sungguh menarik dan tertarik.

Last week saya pun menggoogle la resepi pavlova ni.

Katanya ni resepi orang Australia..

Berdebor2 rasanya nak membuat pavlova ni.

Resepinya mudah tapi agak leceh dan nak kena ikut pantang larangnya sebab takut tak jadi.

Kalau nasib baik, percubaan pertama boleh berjaya.

Kalau kurang menjadi. Kita cuba lagi hingga jaya.

Macam saya ni percubaan pertama menjadi tapi tak la perfect mana.

Rasa tu dah ada, luarannya crispy, dalamnya lembut mcm marshmallow.

Fizikalnya tak la secantik mana.

Walaupun fizikal kureng tapi adik saya Nina dan muhammad suka.

Depa kasi sapu habis..

Saya tak berapa suka sebab manis..

Tapi kemanisan pavlova diseimbangkan dengan strawberi yang masam2 manis tu.


My First pavlova ;)


Resepi

5 biji putih telur (katanya jangan sikit pun termasuk telur kuningnya)
1 1/2 cwn gula (kurangkan kalau manis)
beberapa titik vinegar
2 sudu kecil cornstarch
1 sudu teh essen vanilla
preheat oven at 180 degree celcius bakar selama 40 min

Resepi ada banyak versi, sila buat eksperiman sendiri nanti. Mcam saya, akan buat penambah baikkan bila sesetengah resepi tu kurang menjadi. Rujuk juga resepi2 pavlova yang lain. Ada yang guna 4 biji telur, 5 atau 6.

Cara2nya

Sila tonton video ini



Abaikan yang kena rendam dalam air tu. kalau nak ikut silakan.


Pada saya pavlova tu memang menarik dan cantik. sama juga mcm macaroon yang comei dan cantik tu. Kedua2nya ada persamaan, iaitu manis.........makan sikit2 boleh la.


Insyaallah, ada kelapangan saya akan improve lagi untuk buat pavlova ni.


Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment