Wednesday, November 23, 2011

Pelamin Kasih Sayang

Assalammualaikum wbt.

Nak cerita pasal perkahwinan adik saya lagi. Cerita persiapan kawin ni best walaupun nak prepare majlisnya agak memenatkan.

Kami sekeluarga telah sebulat suara untuk buat pelamin sendiri, seperti masa saya kawin dulu juga pelaminnya buat sendiri.

Bukan apa, kami memang suka mereka dan menghias pelamin sendiri, ikut citarasa pengantin dan keluarga. Jimat pun jimat juga. Itu yang penting.



Masing-masing main peranan.
Peranan masing2 ialah:


Mama: Pereka pelamin, jahit langsir, beli barang2 untuk hiasan pelamin

Suamiku: Tukang buat stage dan rail langsir

Saya : Pembantu kanan mama, hias pelamin mengikut arahan mama dan kreativiti saya juga,panjat memanjat, gubah bunga segar dan lain2 :)

Papa: Tolong tengok dan bagi idea

Adik@pengantin: Tolong mana2 yang patut

Mak wa: Tolong gubah bunga segar sambil dibantu oleh saya..cikgu saya tu :)

Pak su: tolong jaga Yumna masa makwa menggubah bunga plus panjat tangga sbb nak gantung daun juntai2 tu :)

Uda: bagi pinjam beberapa barang.

Nina dan maman: tolong jaga anak2 saya masa saya sibuk menghias pelamin. Tq adik2ku.

Hasilnya adalah pelamin yang penuh rasa kasih sayang. Kasih sayang terhadap adik beradik dan keluarga disamping mengeratkan lagi kasih sayang kami. Sambil ketawa2 dan menyakat2 masa buat pelamin ni. Prosesnya bukan satu hari punya kerja tapi beberapa hari maklumla bukan pro. Alhamdulillah kami gembira. Terima kasih semua ahli keluarga, saudara mara kerana kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih Allah.





Sunday, November 20, 2011

Veil / Layah Pengantin

Assalammualaikum wbt. Lama saya tidak mengupdate blog. Alhamdulillah minggu ini saya berkesempatan untuk duduk di depan pc. Ini kerana selama lebih kurang sebulan kami sekeluarga membuat persiapan perkahwinan adik perempuan saya.


Sempena majlis perkahwinan adik saya, kami sekeluarga bekerjasama melakukan yang terbaik untuk menjayakannya.

Masing-masing memainkan peranan yang telah dipertanggungjawabkan.


Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya adalah menjahit layah pengantin.



Veil/ Layah pengantin yang saya jahit sendiri untuk dipakai oleh adik perempuan saya sempena majlis perkahwinannya pada 12/11/2011.









** Sekiranya berminat, anda dialu2kan untuk membuat tempahan.

Friday, November 18, 2011

Cupcakes Hantaran Kawin

Selamat Pengantin Baru buat Faizura dan Razli.


Pihak Haila Crafts sedia untuk menerima tempahan cupcake.




Wednesday, October 26, 2011

Flower Crochet


Assalammualaikum wbt.

Moga saya dan kalian semua sentiasa berada didalam rahmatNya.

Amin..

Sejak sebulan yang lepas saya asik mengait.

Dalam erti kata lain sibuk belajar crochet.

Saya belajar sendiri. Pada permulaan nak mengait agak sukar.

Tak dapat ikut rentaknya lagi.

Alhamdulillah sekarang basic dah tau. So lepas ni akan explore dengan lebih dalam lagi.

Buat permulaan ni saya belajar buat pattern yang senang dulu.

Maklum la saya budak baru belajar.

Maka, inilah hasilnya

>


>


>


>


>



Bunga-bungaku :)




Tuesday, October 18, 2011

Gubahan Bunga Segar.

Assalammualaikum wbt.

Moga kalian sihat2 hendaknya.

Weekend hari tu sepupu saya kawin. Maka saya dan mama sudah berkampung di rumah uda saya di Klang 2 3 hari sebelum majlis.

Kami menolong la mana2 yang patut. Isi bunga telur dan yang sewaktu dengannya.

Saya sempat belajar dengan makcik saya Mazrina @ Mak Wa cara-cara menggubah bunga segar.

Saya kata nak belajar, makcik saya ketawa katanya dia bukan pro pun. Tapi bagi saya makcik saya memang berseni dan kreatif. Buat kek pandai, hias menghias pun pandai. Bakat yang Allah bagi pada setiap hambanya :)

Dia pun suruh saya buat sebakul gubahan bunga segar sambil saya memerhatikan dia menggubah bakul yang lagi satu. Kiranya ada dua gubahan bunga dalam bakul.

Kira basicnya saya dah paham la cara nak gubah bunga.

Tq ye makwa..

Nanti berkampung di rumah mama pula ye bulan 11 ni :)




Gubahan bunga yang saya belajar.





Nanti nak masuk kelas lagi dengan mak wa.



P/S Pelamin by Mak Wa & Pak Su


Tuesday, October 4, 2011

Time for Beading


Assalammualaikum wbt..

Sudah lama rasanya saya tidak berekspresi dengan manik2 dan batu2 kristal.

Bukan tak mahu buat tapi tak ada idea dan stok batu batan banyak yang sudah habis :)

Nak berkarya juga memerlukan mood.

Bila mood sudah datang baru la seronok nak berkarya.

Saya baru restock manik2,batu kristal dan batu2 yang seangkatan dengannya .

Kali ni saya beli barang2 yang perlu je. Agak rambang mata ye bila membeli beads ni.

Saya tabahkan hati agar tidak terlebih belanja, bawa duit pun ngam2 je ;))

Maka inilah hasilnya

>


>


>


>

Saya suka warna biru.




Kombinasi batu akek dan kristal.
Charmnya agak besar.




Batu akek dan kristal.
Charmnya agak kecil untuk yang ini.




Teknik ini agak rumit sedikit.
Tapi saya suka mengayamnya.


Sunday, October 2, 2011

Origami Crane



Jalan2 di Daiso yang sememangnya best.

Banyak benda murah, dan yang tak pernah kita nampak.

Agak rambang mata bila masuk ke Daiso.

Saya beli beberapa barang termasuk kertas2 untuk buat origami.

Harga yang sangat berpatutan.

Instruction nak buat origami dia tak sediakan maka macam biasa google la tutorial.

Tadaa....


Ini lah hasilnya

<

<

<

<

<










p/s hero2ku sudah merengek2 suruh buatkan depa burung ni :)